Tak boleh keluar rumah? Lebih mudah dengan pelbagai perkhidmatan penghantaran dan sistem ambil sendiri (self pick-up).
Tekan, pilih dan bayar barangan harian dan runcit dan pihak pasaraya akan hantar terus ke pintu rumah anda!
Berikut adalah senarai pasaraya yang anda boleh buat pesanan secara dalam talian.
1. Tesco Malaysia
Tesco antara pasaraya terawal (sebelum pandemik Covid-19 lagi) yang telah menyediakan khidmat penghantaran menggunakan lori yang direka khas dan dihantar mengikut slot pesanan.
Pihak Tesco akan memulangkan duit anda jika barangan yang anda pesan tiada atau habis stok.
Slot mungkin terhad jadi anda harus buat pesanan lebih awal.
Klik di sini.

2. Aeon Supermarket & Aeon Big Malaysia
AEON menawarkan perkhidmatan penghantaran dan self-up menerusi lima jenis brand di bawah naungannya iaitu, Aeon Supermarket, Aeon MaxValu Prime, Aeon Big, Aeon Drive-Thru dan Aeon Makan (pembelian makanan di tenant Aeon).
Anda boleh buat pilihan mengikut kesesuaian slot penghantaran dan barangan yang ditawarkan.
Klik di sini untuk pembelian.

3. MYDIN
Mydin antara pasaraya yang terkenal dan mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia.
Mydin turut menyediakan perkhidmatan penghantaran dan self pick-up.
Hanya klik di laman web Mydin dan pilih outlet Mydin yang berdekatan dengan anda. Mudahnya!

4. Jaya Grocer
Jaya Grocer menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma dengan pembelian RM50 ke atas.
Hari dan waktu penghantaran adalah mengikut kekosongan slot. Namun tak rugi untuk shopping di sini kerana ada barangan yang dijual di Jaya Grocer tidak dijual di tempat lain.
Klik di sini untuk shopping!

5. Village Grocer
Village Grocer menyediakan perkhimatan penghantaran percuma bagi pembelian RM80 ke atas.
Terdapat dua jenis perkhidmatan yang ditawarkan iaitu delivery atau penghantaran dan self pick-up.
Bagi anda yang suka kumpul point Bites di Village Grocer kini anda juga menambah point anda dengan membuat pesanan menerusi laman web.
Klik di sini.

6. Cold Storage
Cold Storage menggunakan aplikasi Happy Fresh untuk penghantaran barangan ke rumah. Caranya hanya muat turun applikasi Happy Fresh dan anda terus boleh membuat pesanan segera tanpa menunggu slot.
Klik di sini untuk maklumat lanjut.

7. Giant Malaysia
Pasaraya Giant menggunakan aplikasi Happy Fresh untuk penghantaran barangan ke rumah. Caranya hanya muat turun applikasi Happy Fresh dan anda terus boleh membuat pesanan segera tanpa menunggu slot.
Klik di sini.

8. ST Rosyam Mart, Setiawangsa KL
Perkhidmatan penghantaran disediakan oleh ST Rosyam Mart. Hanya Whatsapp 011-18882288 dan buat pesanan anda.

9. TMG atau Tunas Manja (Pantai Timur)
Pasaraya Tunas Manja menyediakan penghantaran barangan keperluan ke rumah anda. Buat pesanan anda di sini.
10. Big Box Asia
Jika anda ingin barangan keperluan rumah yang ada diskaun, anda boleh buat pembelian di laman web Big Box Asia dan mereka akan hantarkan terus ke rumah anda. Penghantaran percuma bagi pembelian RM100 dan ke atas.

Anda disaran merancang dan buat pesanan lebih awal kerana kebanyakkan pasaraya mempunyai slot penghantaran yang terhad atau untuk lebih mudah, pilih self pick-up untuk mengelakkan kesesakan di pasaraya.
Jangan lupa share info ini kepada rakan-rakan anda!