10 TIPS JUAL BARANG SECARA ONLINE (WAJIB BACA!)

Untuk menjadi usahawan hari ini tidak lagi memerlukan tapak fizikal atau kedai untuk menjual produk atau menjadikan tapak pejabat.

Dengan adanya teknologi, kini semua orang boleh membuka kedai dalam talian atau online.

Donna Partow, penulis buku Making Money from Home (2010) berkongsi 10 tips mudah untuk menjual barangan secara online yang pasti membantu anda untuk memulakan perniagaan atas talian atau meningkatan jualan anda.

1.Tajuk Yang Baik

Tajuk atau headline haruslah menarik untuk mengambil perhatian pembaca. Tajuk ini adalah baris pertama untuk menarik tumpuan pembaca untuk melihat dan membaca kandungan seterusnya.

2. Papar Gambar Yang Berkualiti

Gambar adalah sangat penting. pastikan gambar terang dan memaparkan beberapa posisi produk untuk memberikan bawangan yang tepat kepada pelanggan anda.

3. Terima Pembayaran Dalam Talian

Pembayaran yang dimaksudkan oleh penulis buku ini adalah PayPal. Jika anda menarik pelanggan luar negara, Paypal adalah sangat penting dan menjadi antara medium utama pembelian secara online di Amerika Syarikat. Namun, di Malaysia, pembayaran melalui bank transfer dan applikasi E-Wallet boleh diaplikasikan.

4. Tulis dengan Menarik

Man working on his laptop

Bagaimana ingin menjadikan penulisan menarik? Jawapannya jadi diri anda sendiri. Ikhlas mempromosikan barangan anda dan tambahkan sedikit humor.

5. Bandingkan Harga Barangan

Cuba bandingkan harga barangan yang anda jual dengan kedai online lain. Potong 5% hingga 10% daripada harga yang dijual mereka supaya harga yang lebih rendah sedikit dapat menarik minat pelanggan untuk membeli.

6. Beritahu Pembeli Mengapa Mereka Harus Membeli Produk Anda

Mudahkan pelanggan untuk faham barangan yang anda jual. Daripada segi bentuk, warna mahupun kegunaannya supaya pelanggan lebih memahami dan mempunyai minat untuk memberi produk anda tersebut.

7. Jujur Dengan Barangan (jika ada kerosakan)

Jujur adalah kunci kepada perniagaan. Jujur dengan keadaan produk yang anda jual. Jujur dengan kelebihan dan kekurangan yang mungkin ada dengan produk tersebut. Pendek kata, jangan menipu!

8. Penghantaran Percuma

Kos penghantaran percuma dalah teknik marketing yang sangat baik untuk menarik pelanggan. Namun pastikan anda mempunya untung jika melaksanakan promosi ini ya!

9. Caj Kos Penghantaran Berpatutan

Jika anda mengenkan caj penghantaran, jangan ambil untung dengan kos penghataran yang sepatutnya. Cajlah dengan saiz dan berat yang betul kerana ianya adalah bagi menarik balik pelanggan anda untuk membeli dengan anda lagi pada masa hadapan dan jangka masa yang panjang.

10. Rating Dengan Maklum Balas Pelanggan

Jika anda mengikuti 9 tips diatas, sudah tentu tidak mempunyai masalah untuk anda mendapat maklum balas yang baik. Maklum balas adalah penting bagi menyakini pelanggan baru untuk berurusan dengan anda.