Penggunaakan pelitup muka kini adalah wajib dan menjadi normal baharu kehidupan harian kita.
Ianya menjadi pelindung penting bagi mengelak terdedah dengan virus Covid-19 dan merupakan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
Harus diakui pelitup muka adalah tidak selesa dan pemakaiannya secara berterusan buat sesetengah orang boleh menyebabkan wajah mula ditumbuhi jerawat dan kemerah-merahan.
Perkara ini lazimnya terjadi di bahagian pipi, hidung dan dagu.

Secara ringkasnya ianya terjadi disebabkan pengumpulan bakteria yang terjadi dari kombinasi beberapa perkara iaitu keadaan lembap pada topeng, karbon dioksida serta udara yang terhasil dari nafas kita.
Selain itu, mungkin kerana alahan terhadap bahan atau material pelitup muka yang menyebabkan ianya menjadi lebih teruk dan gatal-gatal.
Pastinya anda ingin mahukan wajah yang sempurna, bersih dan cantik.
Ikuti beberap tips dibawah yang mungkin dapat membantu anda untuk mengelakkan daripada bertambah teruk.
1.Kerap tukar pelitup muka
Jika anda menggunakan pelitup muka pakai buang, pastikan anda kerap tukar pelitup muka anda sekurang-kurangnya dua kali sehari.
2. Cuci pelitup muka

Jika anda menggunakan pelitup muka kain, pastikan anda memilih jenis material yang selesa dan kerap cuci.
Di nasihatkan juga rendam dahulu pelitup muka dengan sabun antibakteria dan kemudian bilas dan anginkan di tempat yang sesuai.
3. Kurangkan penggunaan makeup
Oleh kerana anda akan menutup wajah anda sepanjang hari, kurangkan penggunakan makeup tebal dan bersesuaian.
Sebagai contoh, kurangkan penggunaan foundation tebal dan nipiskan penggunaan bedak di muka.
Adalah digalakkan anda fokus atau lebihkan makeup di bahagian mata sahaja.
4. Kerap cuci muka

Kerap cuci muka anda, pastikan anda membawa pencuci muka kecil dalam beg.
Dicadangkan cuci muka sebelum mengambil wuduk bagi mengelakkan bakteria hilang sebelum mula masuk kerongga kulit.
Akhir sekali, banyakkan minum air masak dan mengambil Vitamin C dan E bagi mengelakkan kulit kering.
Vitamin juga akan membantu anda berasa sentiasa bertenaga untuk melakukan aktiviti rutin walaupun memakai pelitup muka seharian.