5 PETUA KURANGKAN KOLESTROL “JAHAT” DALAM BADAN

Kolestrol adalah bahan berlemak yang hadir dalam darah.

Tidak semua jenis kolestrol tidak baik pada tubuh.

Kolestrol yang baik berfungsi menghasilkan membran sel dan menukar serapan cahaya matahari kepada vitamin D.

Namun apabila seseorang itu mengamalkan pemakanan yang tidak sihat seperti tinggi pengambilan lemak tidak tepu, kurang bersenam, obesiti, merokok serta minum alkohol menyebabkan kolesterol ‘jahat’ berkumpul dengan banyak dalam dinding arteri.

Apabila kolesterol tinggi, maka ianya boleh menyebabkan terdedah kepada sakit jantung dan pelbagai penyakit-penyakit yang lain.

Berikut adalah 5 jenis petua mengurangkan kolestrol “jahat” dalam badan;

1. Cuka Epal
Mengurangkan jumlah kolesterol level triglyceride, iaitu kandungan lemak dalam darah. Ia juga baik untuk merawat penyakit darah tinggi, gout dan acid reflux.

Caranya, campurkan satu sudu cuka dalam segelas air. Minum dua hingga tiga kali sehari setiap hari. Untuk lebih enak, boleh gantikan air suam dengan jus oren, jus epal atau jus kegemaran.

2. Bawang Merah
Bawang merah dipercayai dapat meningkatkan kolestrol baik pada tubuh.

Caranya, masukkan bawang merah, halia dan bawang putih dalam masakan anda atau menu diet anda. Antara lain, anda juga boleh minum campuran jus bawang bersama madu setiap hari.

3. Jus Oren
Minum jus oren segar dua kali sehari kerana ia mengandungi vitamin C, folate dan flavanoids yang membantu mengurangkan kolesterol dalam darah.

4. Minyak Kelapa Organik
Minyak kelapa organik mengandungi asid lauric yang dapat meningkatkan kolesterol ‘baik’.

Amalkan dengan makan satu hingga dua sudu setiap hari.

5. Kekacang

Walnut, almond dan segala jenis kacang mengawal kolesterol daripada berkumpul dalam badan memandangkan ia kaya dengan serat.

Caranya dengan makan kacang seperti snek dalam kadar segenggam setengah.

Hanya simpan kolesterol ‘baik’ dalam badan!

Pastikan tanggapan anda mengenai kolestrol betul dan mengambil makanan yang sesuai untuk mengawal parasnya dalam badan.

Cara lain untuk menyingkirkan kolestrol “jahat” anda haruslah mengamalkan cara hidup sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *