Pembelajaran tidal formal secara bermain adalah terbukti baik untuk perkembangan otak anak-anak. Namun, masih ramai ibu bapa percaya bahawa bermain adalah hanya untuk keseronokan dan tidak memberikan faedah kepada anak mereka.
Menimba ilmu semasa bermain adalah penting untuk perkembangan dan pertumbuhan anak-anak dan tidak harus dipandang remeh.
Berikut lima sebab mengapa bermain baik untuk anak anda!
- Merangsang Pembangunan Otak Awal
Bermain dapat membantu meningkatkan perkembangan otak anak dalam banyak cara terutamanya di tahin awal anak bagi membina asas yang baik kepada perkembangan otak.
Persekitaran yang tidak stress dan menyeronokkan dapat membantu anak anda untuk mudah memahami dan penyediakan pengalaman yang sempurna bagi membina asas tersebut.
Para pakar neurologi mendapati bahawa pengayaan seperti mainan, permainan, dan bermain dapat mengubah kimia dan fisiologi otak. Kawasan otak yang dikaitkan dengan pemprosesan kognitif yang lebih tinggi (korteks serebrum) boleh mendapat manfaat daripada pengayaan alam sekitar dan bermain lebih banyak daripada bahagian otak lain.
2. Meningkatkan Kepintaran
Satu kajian oleh University of Arkansas menunjukkan bahawa kerap menawarkan mainan kepada bayi untuk bermain dengan membawa kepada IQ yang lebih tinggi pada usia tiga tahun 3. Kemudian, ahli psikologi Edward Fisher menganalisis 46 kajian yang dilakukan semasa bermain. Beliau mendapati bahawa bermain dapat meningkatkan perkembangan kognitif, linguistik, dan sosial kanak-kanak.
3. Mencambah Pemikiran Kreatif
Menghasilkan idea-idea kreativiti dengan meneroka dan merungkai masalah permainan.
Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang cuba merupai atau bermain watak dewasa juga boleh meningkatkan daya fikiran yang berinovatif. Sebagai contoh cuba merupai ibu bapa dan mempunyai teman-teman khalayan.
4. Meningkatkan Komunikasi, Perbendaharaan Kata, dan Bahasa
Kemahiran berkomunikasi juga membantu kanak-kanak secara tidak langsung membantu mereka belajar perkataan baru bersama kawan-kawan lain.
Sebagai contoh anak lebih cenderung untuk menyebut perkataan yang lazim disebut oleh ibu bapa secara mudah. Oleh itu, bermain juga boleh membantu dalam merangsang sistem komunikasi anak-anak supaya lebih lancar dan lebin baik.
Kajian yang dijalankan oleh University of Georgia, mengkaji 65 kanak-kanak selama empat minggu. Bermain berpura-pura (pretend play), didapati dapat meningkatkan prestasi dalam pra-membaca, bahasa, dan penulisan.
Bermain berpura-pura sangat bermanfaat kerana ia membolehkan kanak-kanak untuk berlatih berkomunikasi mereka apabila mereka bercakap dan cuba memahami percataran orang lain.
5. Bantu Mengawal Emosi
Kanak-kanak yang boleh menunggu giliran, tidak berebut barang dengan kanak-kanak lain, bijak mengawal emosi negatif, dan meneruskan aktiviti yang mencabar adalah kanak-kanak yang mempunyai asas yang dalam mengawal emosi mereka.
Bagaimana ingin mengawal emosi tersebut? Dalam kajian New Zealand, ahli psikologi mengkaji bagaimana anak-anak menangani peristiwa negatif lazimnya ketika bermain secara berpura-pura (olok-olok). Kajian mendapati jika anak-anak lebih banyak bermain berpura-pura bersama penjaga atau ibu bapa mereka, anak lebih bijak mengaval emosi untuk terus bermain dan membantu kemahiran bersosial mereka bersama orang lain.