IUCD adalah singkatan kepada Intra Uterine Contraceptive Device. IUCD adalah salah kaedah perancang keluarga yang akan disyorkan oleh pihak klinik kesihatan atau doktor di Malaysia.
IUCD merupakan satu kaedah perancang yang berkesan yang menggunakan daripada bahan khas yang mempunyai benang.

1. Fungsi IUCD
IUCD befungsi untuk menghalang sperma dari memasuki rahim dan mencegah pelekatan janin pada dinding rahim.
Ia dimasukkan ke dalam rahim melalui faraj ketika haid dan dikeluarkan apabila genap 3 tahun atau mengikut jenis IUCD yang digunakan dan nasihat doktor.
2. Kesan sampingan IUCD
- Pendarahan yang lebih dari biasa semasa haid
- Perubahan kitaran haid
- Senggugut akan menjadi lebih teruk di peringkat awal penggunaan IUCD
- Sakit pinggang
3. Cara penjagaan selepas pemasangan IUCD
Pemeriksaan hendaklah dilakukan oleh petugas kesihatan ada minggu ke-4 selepas pemasangan IUCD, dan diulangi setiap 6 bulan.
Petugas kesihatan akan menunjukkan cara pemeriksaan sendiri untuk mengenalpasti alat IUCD masih berada dalam rahim.
BACA: NORMAL KE TAK PERIOD SELEPAS AMBIL SUNTIKAN PERANCANG?
4. Adakah IUCD akan menjejaskan hubungan kelamin?
Tidak, kerana IUCD berada di dalam rahim.
5.Apakah yang akan berlaku jika IUCD tidak dikeluarkan selePas tempoh yang ditetapkan?
- Jangkitan sistem reproduktif
- Kurang keberkesanan untuk mencegah kehamilan
Rujukan: MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia