AIR KELAPA RAWAT COVID-19?

Tiba-tiba sahaja air kelapa menjadi sebutan orang ramai selepas tularnya pelbagai video, kenyataan dan  info yang dikongsi melalui whatsapp, telegram dan media sosia bahawa air kelapa boleh menjadi penawar kepada pesakit yang dijangkiti Covid-19.

Kemudian disusuli pula kenyataan dan video-video daripada pengamal kesihatan yang  menafikan air kelapa sebagai penawar pesakit Covid-19.

Mengapa air kelapa menjadi sebutan? Apa khasiat sebenar air kelapa sehingga ada yang mengatakan ianya penawar kepada penyakit berjangkit yang kini makin mengganas diserata dunia?

Tidak dinafikan air kelapa sudah menjadi rahsia kesihatan tradisional turun menurun masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. 

Khasiatnya juga turut diakui dengan pelbagai kajian sainstifik yang telah dijalankan sebelum ini.

Oleh itu, BP ini kongsikan beberapa artikel (yang diterbitkan sebelum wujudnya Covid-19), apakah khasiat sebenar air kelapa sehingga ia menjadi salah satu bahan rawatan dan petua traditional yang diamalkan sejak nenek moyang kita lagi.

1.Tenaga

Petikan artikel BH Online yang dikeluarkan pada tahun 2018, Ahli Strategis Nutraseutikal Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Azhar Mat Easa menyatakan, minuman isotonik daripada ekstrak air kelapa, kaya dengan elektrolit semula jadi yang berfungsi memberikan tenaga.

Jelasnya, elektrolit yang terkandung di dalamnya seperti natrium, kalsium, kalium dan magnesium membekalkan tenaga untuk anda kekal segar sepanjang hari.

Air kelapa membekalkan zat dan mineral yang menampung keperluan nutrisi badan, melancarkan proses rehidrasi bagi membolehkan air diserap segera dalam tubuh.

Beliau turut menyarankan pembaca minum air kelapa pada waktu pagi untuk kekal cergas sepanjang hari. 

2.Membantu menghilangkan racun

Artikel CCN Indonesia dikeluarkan tahun 2017 mengatakan segelas air kelapa ketika berbuka puasa akan membantu membuat tubuh jadi sihat dalam masa yang sama air kelapa juga akan membantu tubuh menghilangkan racun.

Artikel ini juga mengatakan air kelapa membantu memberikan tenaga kepada badan untuk melakukan aktiviti harian sama seperti artikel yang dikeluarkan oleh Bh Online di atas. 

Jelasnya, kandungan air kelapa yang mempuanyai elektrolit yang akan membantu saraf, jantung, dan otot berfungsi dengan baik.

3. Mengembalikan suhu badan ke paras normal

Artikel bertajuk “Minum air kelapa muda ketika musim panas – Pakar” diterbitkan pada tahun 2016 menyatakan air kelapa dapat membantu mengembalikan suhu badan ke paras yang normal lepas pengambilannya.

Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman, berkata air kelapa muda mengandungi elektrolit yang boleh membantu mengembalikan ion tubuh yang hilang akibat proses dehidrasi ekoran cuaca panas.

Selain itu air kelapa muda sangat tinggi dengan kandungan potassium, klorida, magnesium, kalsium, sodium serta vitamin B komplek yang mampu mengawal tekanan darah, merendahkan kekejangan otot serta menaikkan selera makan dan minum ketika musim panas.

4. Kecantikan kulit dan wajah

Artikel disiarkan di laman maskulin.com.my menyatakan bahawa cuci muka dengan air kelapa dapat emudarkan parut dan mengecutkan jerawat.

Malah artikel daripada laman web Indonesia, turut berkongsikan khasiat air kelapa untuk digunakan sebagai pembersih wajah, masker wajah dan tonik rambut bagi mengatasi kegatalan.

5. Turun berat badan

Menerusi petikan artikel health.detik.com,  untuk mendapatkan berat badan ideal dengan menurunkan berat badan, kuncinya ada di metabolisme tubuh yang baik dan mengurangi kebiasaan makan berlebih. Untuk itu, sudahkah Anda mencoba konsumsi air kelapa untuk diet sehat?

Dijelaskan Pegawai Nutrisi, Jansen Ongko (MSc, RD) berkata, air kelapa kaya akan vitamin B, vitamin C, potassium, enzim, asid amino, rendah kalori dan memiliki antioksidan sehingga dapat dijadikan salah satu cara bagi diet sihat.

Jelasnya vitamin C air kelapa baik untuk daya tahan tubuh, manakala potassium bermanfaat untuk menjaga kesihatan jantung.

Air kelapa juga mempunyai vitamin B yang berperanan penting bagi metabolisme sel dan menjaga kekebalan tubuh badan. 

Kandungan potassiumnya membantu bagi fungsi sistem saraf dan kelancaran peredaran darah.