Setiap usaha yang berterusan pasti akan mendatangkan hasil yang baik.
Itulah kunci utama Mohd Sharil Kamaruddin, 37, yang telah berjaya menurunkan 82kg berat badannya dengan mengamalkan Intermittent Fasting atau lebih dikenali dengan Diet IF selama setahun.
Berat asal 180kg tahun lalu kini berkurangkan sehingga 98kg dan masih dalam proses mencapai berat badan ideal iaitu 85kg.

Katanya, semangat untuk menurunkan berat badan bermula apabila dimasukkan ke dalam Unit Penjagaan Rapi (ICU) disebabkan kadar oksigen yang rendah akibat penyakit kencing manis dan darah tinggi pada November 2017.
“Ketika itu oksigen dalam badan berada pada paras bawah daripada normal iaitu ‘redzone’ jadi saya telah dimasukkan insulin, morphin dan pelbagai jenis ubatan untuk menstabilkan balik keadaan saya.
“Oleh itu saya ingin menjadi lebih sihat demi keluarga tercinta terutamanya menghargai pengorbanan isteri saya yang sentiasa menjaga saya sepanjang saya berada di hospital,” jelasnya.

Daripada titik permulaan tersebut, pemuda ini nekad untuk mengamalkan mengawal pemakanan dengan Diet IF.
“Saya menumui cara Diet IF ini melalui perkongsian sahabat daripada Johor Bahru di Facebook (FB) yang memperkenalkan saya dengan diet IF ini.
“Alhamdullilah sehingga hari ini, kencing manis dan darah tinggi saya juga telah kembali kepada paras normal.
“Target utama saya untuk sihat, seterusnya darah tinggi dan kencing manis di tahap yang normal, untuk kurus itu satu bonus!”

Turut menceritakan bahawa berat badannya dahulu tidak boleh ditimbang menggunakan penimbang berat badan biasa yang dijual di kedai dan hanya boleh menggunakan penimbang di hospital sahaja.

“Berhenti guna ubat kurus yang berada dipasaran itu semua pada saya tidak menjadi dan cuma diwujudkan sebagai ‘placebo’ untuk brainwash kita utk mengurangkan makan, nampak sama method dengan diet.”
“Kita sendiri untuk menjaga tubuh badan kita”
Baginya juga, penjagaan makanan adalah utama dan penting ketika mengawal berat badan kerana ketika mengamalkan diet yang seimbang, 80% adalah daripada makanan dan hanya 20% daripada senaman.
Slow progress is good rather than fast progress and fast result – Sharil