ANDA DIBERHENTIKAN KERJA? MOHON SIP PRIHATIN SEKARANG.

Impak penyebaran virus Covid-19 kepada negara sangatlah besar. Bukan sahaja mengganggu sistem kesihatan negara malah memberi kesan terhadap ekonomi negara.

Secara tidak langsung telah menyebabkan ramai pekerja diberhentikan.

Ramai tidak tahu bahawa mereka yang kehilangan pekerjaan mulai 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2021 boleh memohon bantuan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Bagi membantu mereka yang kehilangan sumber pendapatan ini, kerajaan  telah memperuntukkan RM150 juta bagi pemberian Elaun Mencari Pekerjaan bagi golongan yang kehilangan kerja melalui pembentangan Belanjawan 2021.

Peruntukan itu akan disalurkan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk menjayakan program mencari pekerjaan mereka yang diberhentikan kerja akibat kesan penularan COVID-19.

Program ini dinamakan Program Prihatin Kehilangan Pekerjaan (SIP PRIHATIN), melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO.

Tujuan SIP PRIHATIN ini ialah untuk membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan yang terkesan akibat krisis wabak COVID-19 sebagai bantuan segera bagi meneruskan kelangsungan hidup di samping berusaha mencari peluang pekerjaan baharu.

Siapa yang layak? Jika anda kehilangan pekerjaan (LOE) mulai 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2021, anda layak untuk membuat permohonan ini. 

Kecuali;

  1. Pekerja yang telah kembali bekerja semasa menerima faedah EMP bagi tuntutan LOE yang dibuat sebelum 1 Januari 2021 
  2. Pekerja yang menerima Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB). 
  3. Pekerja yang berhenti secara sukarela. 
  4. Pekerja yang bersara wajib pada dan selepas berumur 60 tahun. 
  5. Pekerja yang diberhentikan akibat salah laku 
  6. Pekerja yang tidak berdaftar di bawah Akta Sistem Insurans
    Pekerjaan (Akta 800) sebelum kehilangan pekerjaannya berlaku. 

Untuk maklumat lanjut dan cara memohon anda boleh terus ke laman web PERKESO.