
Seiring dengan pengumuman kerajaan supaya pekerja pelru bekerja di rumah dan had masa tertentu di pejabat, pastinya ada ramai ibu bapa yang memikirkan bagaimana hendak mengedalikan tekanan bekerja dan uruskan anak-anak di rumah.
Maklumkan, sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak pun turut ditutup bagi membendung penularan Covid-19.
Kata orang, banyak cabaran apabila bekerja di rumah seperti menyediakan masakan untuk keluarga, membersihkan rumah, mendobi dan sebagainya.
Begitu juga mungkin anda mempunyai had ruang untuk bekerja di rumah, kekurangan inspirasi dan rasa terasing.
Lain orang, lain caranya. Mungkin ada orang yang perlu bekerja dalam keadaan aman supaya boleh menumpukan perhatian, begitu juga sebaliknya.
Jangan risau, bagi ibu bapa yang perlu work from home, kami sediakan beberapa tips menarik untuk anda aplikasikan di rumah.

Pertama; hadkan ruang kerja pada kawasan tertentu supaya tugasan anda tidak terganggu dengan aktiviti orang lain di rumah.
Contohnya, jangan jadikan ruang menonton televisyen sebagai tempat anda untuk membuat kerja, melakukan mesyuarat dalam talian dan membalas e-mel kerja.
Kedua; pergi ke tempat sama secara teratur supaya fikiran anda tidak menerawang dan wujudkan sempadan psikologi ketat supaya tidka mudah terpengaruh dengan aktiviti ornag lain di rumah dan tugasan peribadi yang belum siap.

Ketiga; kurangkan pencerobohan ke kawasan bekerja. Mungkin ahli keluarga anda merasakan suasana kerja di rumah lenbih fleksibel menyebabkan mereka mahu berkomunikasi dan melakukan aktiviti bersama.
Maklumkan kepada pasangan atau anak-anak bahawa anda memerlukan privasi pada waktu bekerja.
Keempat; letak alatan kerja dan peranti elektronik di tempat lain buat sementara waktu selepas tamat waktu kerja.
Ini membolehkan anda untuk mengembalikan semula tenaga setelah bekerja beberapa jam dan berehat dengan aman.
Semoga tips ini bermanfaat buat ibu dan bapa yang perlu work from home di samping perlu menjaga dan melihat keperluan anak-anak.