Di kala anda bekerja dari rumah dan memakai mask ketika keluar rumah, pasti anda jarang-jarang menggunakan makeup.
Adalah perlu diingatkan bahawa kosmetik juga seperti produk makanan yang mempunyai tarikh luput bagi mengelakkan jangkitan.
Berikut adalah 5 fakta tentang jangka hajat bagi produk kosmetik
- Maskara adalah kosmetik yang paling singkat jangka hayatnya
Gelap dan lembap, maskara adalah persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan bakteria.
Oleh itu, anda harus menukarnya setiap tiga bulan. Ya! 3 bulan sahaja.
Selain maskara, liquid eyeliner juga hanya mempunyai jangka hanyat 3 bulan.
2. Kosmetik tiub dan jar tidak sama tarikh luputnya
Kosmetik yang tidak bertiub (jar) lebih terdedah kepada risiko pencemaran yang datangnya daripada jari anda.
Caranya dengan memastikan penutup jar tersebut bersih dan pastikan menutup penutup bekas tersebut dengan ketat selepas digunakan.
Bagi kosmetik yang tiub seperti sunblock atau bedak asas adalah lebih selamat daripada terdedah kepada pencemaran namun pastikan ianya habiskan dalam 6 hingga 9 bulan selepas dibuka.
BACA: 4 TIPS ELAK JERAWAT KERANA PELITUP MUKA
3. Gincu mempunyai jangka hayat selama dua tahun
Walaupun gincu mempunyai jangka hanyat yang lebih lama, jangan menggunakannya melebihi tarikh tersebut kerana kandungan lembapan pada gincu dapat menyebabkan pertumbuhan bakteria.
4. Foundation boleh disimpan selama 2 hingga 3 tahun, seperti loose powder, eye shadow dan pemerah pipi.
Benar … Tetapi hanya jika ia serbuk! Memandangkan kandungan kelembapannya yang rendah, bedak serat mengumpulkan bakteria lebih perlahan daripada cecair.
Tapi pastikan anda hanya menggunakan berus yang bersih!
Walau bagaimanapun, foundation berasaskan cecair hanya boleh disimpan selama 9 bulan.
5. Elakkan menyimpan barang kosmetik di bilik air
Kelembapan mendorong pertumbuhan bakteria.
Oleh itu, simpan produk kosmetik anda di tempat yang kering, bersih dan tidak terdedah kepada cahaya seperti bag solek, laci meja atau di meja solek.

Jadi! Cuba anda lihat di meja solek ataupun di beg makeup, pasti ada produk kosmetik yang anda jarang pakai atau simpan untuk majlis tertentu sahaja.
Pastikan anda tidak lagi menggunakan kosmetik yang telah luput jangka hayatnya untuk mengelakkan jangkitan dan kesan yang tidak baik kepada kulit anda.