BAGAIMANA UNTUK JAGA HATI ANAK?

Kehidupan yang harmoni adalah penting di alam kanak-kanak. Ia merupakan asas dan refleksi kepada identiti dan perwatakan kanak-kanak tersebut ketika dewasa.

Sebagai Ibubapa, adalah penting untuk menjaga emosi anak-anak dan memastikan anak-anak tidak memberontak dan tertekan.

Kunci utama adalah untuk bijak berkomunikasi dengan anak-anak. Namun bagaimana cara yang terbaik sebagai ibubapa untuk berkomunikasi dengan anak dan menjaga emosi mereka?

Buku bertajuk How To Talk So Kids Will Listen and Listen So Kids Will Talk oleh Adele Faber dan Elaine Mazlish (2004) menerangkan beberapa tips ringkas untuk membantu ibubapa untuk memahami jiwa kanak-kanak dan bagaimana untuk menjaga hati mereka. 

Perkara penting yang perlu ibubapa tahu adalah;

  • Apa yang kanak-kanak rasa mempunyai hubungan langsung dengan perwatakan mereka
  • JIka emosi kanak-kanak baik, tingkahlaku mereka akan baik
  • Bagaimana untuk bantu mereka untuk “behave” adalah dengan menerima emosi dan perasaan mereka!
  • Ibubapa tidak boleh menafikan perasaan apa yang anak mereka rasa dan jika ibubapa suka menafikan atau tidak menerima emosi mereka, anak-anak akan merasakan keliru dan menunjukkan ibubapa tidak percaya kepadanya.

Situasi 1;

Anak: Ibu, saya penat

Ibu: Kakak tak kan penat lagi, tadikan dah tidur?

Anak: Tapi saya penat!

Ibu: Kakak tak penat tapi kakak mengantuk sahaja. Cepat siap!

Anak: Tak! Kakak penat sangat…

Situasi 2;

Anak: Ibu, panas la.

Ibu: Kat sini sejuk, pakai baju sejuk.

Anak: Tak, saya panas Ibu.

Ibu: Dengar cakap! Ibu kata pakai.

Anak: Tak, saya panas….

Situasi ini, menyebabkan anak terpaksa menerangkan berulang kali dan akan merasakan sedikit kecewa kerana kata-katanya tidak dipercayai dan boleh memberi kesan kepada emosi anak tersebut ketika itu. 

Oleh itu, untuk membantu emosi kanak-kanak, ibubapa disarankan;

DENGAR DENGAN PENUH PERHATIAN

Bezakan dua situasi berikut:

BERI MAKLUM BALAS SETIAP LUAHAN ANAK SEPERTI “OH”… ATAU “MMM”.. ATAU “YEKE”…

Bezakan dua situasi berikut:


BERI EMOSI ATAU PERASAAN MEREKA ITU NAMA

Bezakan dua situasi berikut:

REKA CERITA FANTASI

Bezakan dua situasi berikut: