Jika anda merasakan anda tidak mempunyai masalah untuk tidur, ada golongan lain yang sebenarnya mempunyai nikmat tidur yang lebih sempurna.
Kajian daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mendapati bahawa orang kaya memiliki tidur yang lebih berkualiti, nyenyak dan tenang berbanding orang-orang kebanyakan.
Mengapa ini boleh terjadi?
Kajian ini dilakukan pada tahun 2011 hingga 2014 terhadap 140,000 responden dengan pelbagai latar belakang.
Dan hasilnya mendapati mereka yang mempunyai banyak wang dapat berehat dan tidur dengan rasa yang tenang.
Malah seorang pakar dari Persatuan Tidur Amerika Syarikat, Dr. Neil Kline memberikan beberapa fakta mengapa tidur malam ornag kaya lebih nyenyak.
“Golongan berada mempunyai kelebihan untuk membeli rumah yang terletak di lokasi lebih tenang, lebih banyak ruang dan kurang padat membuatkan mereka lebih mudah tidur dalam keadaan selesa,” katanya.
Bukan itu sahaja golongan ini juga memiliki akses kesihatan yang lebih baik berbanding golongan bawahan sehingga mampu tidur lebih baik.
Namun begitu, Neil menasihatkan, tanpa mengira apa jua latar belakang individu, adalah penting setiap orang untuk mempunyai rehat yang cukup dan tidur yang nyenyak supaya kesihatan diri terus berkualiti.