Bibir Merekah, Bertukar Gelap Bila Pakai Gincu? Cuba 3 Tips Ini!

Hari ini ramai wanita memilih gincu jenis matte untuk kegunaan harian mereka.

Ia antara gincu paling laris dalam mana-mana jualan jenama kosmetik.

Ianya gincu jenis tahan lama dan stay on di bibir walau dalam keadaan apa jua sekalipun. Warna-warna pilihan dari gincu matte juga biasanya terdapat dalam pelbagai warna, dari warna gelap, terap sehinggalah jenis warna nude.

Tapi tidak semua yang kekal lama dengan gincu matte kerana rata-rata dari mereka mengadu, gincu jenis ini buat bibir mereka kering dan lebih serius kepada menggelupas luka.

Untuk elakkan bibir anda ‘luka’ akibat pemakaian gincu jenis matte ini, kami akan kongsikan beberapa tips mudah supaya bibir anda kekal sihat dan tetap cantik!

Lembabkan bibir

Akibat kesan kering dari gincu matte, anda boleh memakai lip primer atau salap bibir untuk kesan hidrasi berpanjangan. Kegunaan lip primer sama seperti krim pelembab yang disapu pada muka sebelum bersolek. Tunggu lip primer atau salap bibir sedikit kering dan selepas itu baru boleh oles gincu matte kegemaran anda. Ini adalah kesan untuk mengelakkan dari warna gincu bercapuk.

Jenis formula

Terdapat pelbagai jenis formula yang dihasilkan untuk gincu matte. Jadi pada anda yang memiliki kulit bibir yang kering, pilih gincu matte yang mempunyai kesan hidrasi atau lebih cair. Tak pasti? Dapatkan sahaja nasihat juru kecantikan di kaunter belian barang kosmetik kegemaran anda. Kan senang!

Skrub bibir

Tak ramai buat teknik ini kan? Skrub bibir sangat bagus untuk menanggalkan kulit mati di bahagian bibir sekaligus melicinkan kulit bibir. Jadi bila setiap kali pakai gincu matte, baru tiada kesan berkerak atau menggelupas. Skrub bibir boleh dilakukan sebelum atau selepas memakai gincu, barulah bibir sihat dan tampak segar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *