DAFTAR MURID TAHUN SATU SESI 2024/2025

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 KPM

Bagi ibu bapa yang ingin mendaftar anak untuk kemasukkan tahun 1 ke sekolah rendah kebangsaan.

Kepada ibu bapa yang mendaftarkan anak akan bersekolah Tahun 1 pada 2024 dan 2025, anda boleh membuat pendaftaran dan semakan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara online.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025 melalui permohonan online.

Syarat Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2024 / 2025

  • Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018
  • Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2018 hingga 1 Januari 2019

Tarikh Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025

  • Tarikh Mula : 1 Mei 2023
  • Tarikh Tutup : 30 Jun 2023

Untuk makluman semua, modul pendaftaran Tahun 1 di https://idme.moe.gov.my akan dibuka bermula 1 Mei hingga 30 Jun 2023.

Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan pendaftaran Tahun 1, mohon ibu bapa dan penjaga boleh melengkapkan modul pengurusan awam dan mengisi maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan sahaja dahulu.