DAGING BAKAR HANN SEDAP DAN MUDAH DISEDIAKAN

Bagi penggemar daging, anda wajib mencuba hidangan daging daripada Daging Bakar Aroii Hann. 

Walaupun terdapat pelbagai jenis daging bakar dipasaran, Daging Bakar Aroi Hann ini mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Pemilik perniagaan ini, Hannah Marzuki berkata daging yang digunakan adalah 100% daging Halal Australia striploin yang berkualiti dan tidak menggunakan sebarang bahan pengawet.

“Keistimewaan Daging Bakar Aroii ni sebenarnya pada sos thai homemade dan sangat mudah untuk menyediakannya hanya dalam 10 minit,” jelasnya.

Daging bakar ni boleh di nikmati bersama nasi atau boleh juga di nikmati seperti menu western.

Menu ini juga sangat mudah disediakan untuk mereka yang masih bujang mahupun berkeluarga. 

“Ada seorang pelanggan saya masak spaghetti aglio olio untuk makan dengan daging ni,”

“Kalau nak buat kudapan pun boleh, potong halus dan cicah sos sahaja, ikut selera masing-masing sebenarnya kerana daging ni sangat versatil.”

Setiap satu pack mempunyai daging sebanyak 350gram dan disertakan bersama sos thai homemade.

Apabila ditanya bagaimana mendapat inspirasi menjual daging bakar ini, Hannah berkata, “Daging Bakar Aroii ni terhasil sebab saya tak makan kambing dan dalam pasaran kebanyakkannya berasaskan kambing perap.

“Jadi saya buat sendiri dgn menggunakan resepi daripada ibu mertua saya dan mendapat sokongan suami untuk memasarkannya,”

“In Shaa Allah lepas ni kalau ada rezeki nak cuba buat menu lain pulak, tengok sambutan pasaran.”

Daging Bakar Aroii ini boleh didapati di laman Instagram @dagingbakarhann atau boleh terus menghubungi 0164443053 untuk pembelian.