Setiap ibu bapa pastinya mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Sebab itulah ramai agamawan meminta ibu bapa sentiasa mendoakan kesejahteraan, kecerdikan dan kesempurnaan si anak, baik dari segi luaran dan dalamannya sejak si ibu mula mengandung.
Begitu juga ibu bapa perlu menjadi contoh yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Doa ibu bapa amatlah mustajab, jadi teruskan berdoa yang baik-baik dan lafazkan kata-kata yang murni kerana kesemuanya adalah doa.
Kami kongsikan dua doa untuk para ibu bapa yang boleh diamalkan setiap hari.
Doa Agar Anak Menjadi Pandai Dan Rajin Belajar

Doa Agar Anak Diberikan Kefahaman Agama Dan Dijauhi Zina

Anak lelaki : ALLAHUMMA FAQQIHHU FIDDIN WAALLIM HUTAAWIL
Anak Perempuan : ALLAHUMMA FAQQIHHA FIDDIN WAALLIM HATAAWIL
Bermaksud: “Ya Allah, berikanlah kepadanya kefahaman dalam agama dan ajarlah kepadanya tentang kefahaman Al-Quran.”
Doa ini telah dibacakan oleh Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas RA sewaktu beliau berusia 6 tahun.
Alhamdulillah, beliau jadi genius. Beliau telah dilantik jadi Mufti di Baghdad semasa berusia 13 tahun dan menjaga solat.
Semoga bermanfaat!