DOKTOR KELUARKAN TAHI TELINGA SEPANJANG 2.5 SENTIMETER

Amalan mencuci telinga perlu sentiasa dilakukan supaya ia sentiasa bersih.

Namun lain pula yang terjadi seperti yang dikisahkan oleh pakar audiologi, Neel Raithatha yang berjaya mengeluarkan tahi telinga dengan ukuran 2.5 sentimeter.

Terdahulu seorang pesakit datang ke kliniknya memaklumkan mengalami masalah pendengaran.

Neel, yang merupakan doktor di The Hear Clinic & Hearwax di Leicestershire itu turut merakam video semasa usaha mengeluarkan tahi telinga berkenaan.

Neel turut menyifatkan prosedur itu sebagai menjijikkan!

Pesakit itu turut terkejut dengan tahi telinga yang dimilikinya namun bernasib baik gegendang telinganya masih dalam keadaan baik.