Ini Sebab Mengapa Ibu Bapa Tak Boleh Beri Makan Sebelum Usia Bayi Enam Bulan

Mungkin ada di kalangan ibu-ibu pernah berdepan dengan situasi di mana ada bayinya diberikan makanan sebelum genap berusia enam bulan.

Kononnya, zaman tok nenek dahulu bayi diberi makan walaupun baru berusia dua, tiga bulan, malah tidak pula ada kesan sampingan apabila diberikan bubur, nasi lembik atau buah lenyek.

Masa semakin berubah, ilmu perubatan dan teknologi semakin berkembang dan canggih dengan pelbagai kajian dilakukan terhadap perkembangan, keperluan dan risiko terhadap bayi.

Pelbagai kajian di seluruh dunia menyarakan agar bayi hanya boleh diberi makan apabila mencecah enam bulan.

Hal ini amat penting untuk pengetahuan ibu bapa. Mengapa? Kami terangkan sebab-sebabnya seperti di bawah;

Sistem Percernaan Semakin Sempurna

Mengikut kajian, sistem pencernaan bayi bagi yang berusia enam bulan ke atas sudah sempurna, terbentuk elok dan berada dalam keadaan bersedia untuk menerima makanan pejal selain susu ibu.

Ini termasuklah enzim-enzim penting di dalam sistem pencernaan seperti lipase, asid gastrik dan enzim amilase.

Jika bayi diberi makan sebelum usianya enam bulan, ia dikhuatiti akan memberi kesan kepada sistem pencernaan kerana ia perlu bekerja lebih keras, menyebabkan kembung perut dan sembelit.

Alahan Kepada Makanan

Newborn Asian baby crying

Apabila sel-sel di sekitar usus belum bersedia untuk memproses makanan pejal, maka ini akan menyebabkan tindak balas imun dan menyebabkan alahan.

Dilindungi Dari Penyakit

Bayi yang berusia enam bulan ke atas kebiasaannya sudah mempunyai sistem imunisasi yang baik dan melindungi mereka daripada pelbagai jenis penyakit.

Jika ibu bapa memberi makanan lebih awal dari usia sepatutnya, bayi mudah dijangkit beberapa penyakit seperti cirit-birit, sembelit, demam dan batuk.

Mengelakkan Masalah Obesiti

Kandungan lemak dan berat badan si bayi akan bertambah jika diberikan makanan pejal sebelum usia mereka mencecah enam bulan kerana proses pemecahan bahan-bahan makanan belum terbentuk dengan sempurna.

Ada kes dimana bayi terpaksa melalui pembedahan kerana diberikan makanan pejal terlalu awal. Bahaya bukan?

Kesimpulannya, jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab, rajin membaca dan jangan terlalu teruja untuk melihat bayi anda makan untuk pertama kali jika usianya masih muda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *