Benarkah Minum Kopi Tak Bagus Untuk Ibu Menyusu Badan?

Perasan tak, ramai di kalangan ibu yang menyusu badan masih menjaga pengambilan makanannya kerana takut bahan-bahan dari makanan tersebut ‘menyerap’ ke dalam susu yang akan dihisap oleh anak.

Ada yang langsung tak sentuh kopi kerana takut kandungan kafen itu menyebabkan anak berasa tak sedap perut, resah dan gelisah.

Sejauh mana tanggapan itu?

Hakikatnya, apabila seorang ibu mengambil kafein seperti secawan kopi atau sepotong coklat, kandungan kafein akan masuk ke dalam aliran darah anda.

Sedikit kandungan kopi di dalam darah itu akan masuk ke dalam susu badan anda.

Secara logiknya, apa sahaja yang anda makan, sedikit kandungannya akan bercampur ke dalam susu badan anda.

Beberapa kajian telah dilakukan untuk melihat kesan kafein ke atas susu badan dan hasilnya tidak banyak kesannya terhadap bayi.

Misalnya, anda seorang yang gemarkan kopi dan akan minum seingga enam cawan sehari, kemungkinan besar ia tidak mendatangkan kesan kepada bayi termasuklah jumlah kafein di dalam air liurnya.

Jika ada pun, jumlah kafein yang sangat rendah atau tidak dapat langsung dikesan dalam air kencing si bayi.

Ada yang mengadu si bayi menunjukkan sifat seperti resah dan jengkel setelah ibu mengambil kopi.

Jika ini terjadi, si ibu dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan kopi dan lihat apa perbezaan pada si bayi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *