KAJIAN MENUNJUKKAN LELAKI GEMPAL KINI MENJADI PILIHAN WANITA

Di kala ramai lelaki kini pergi ke gym, bersenam dan melakukan aktiviti riadah seperti berbasikal untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat dan fit, tetapi jangan terkejut bahawa lelaki gempal kini semakin diminati oleh ramai wanita.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan wanita tertarik dengan mereka yang berbadan ‘comel’ ini.

ROMANTIK

Kajian menunjukkan seramai 42 peratus wanita memberitahu bahawa lelaki gempal sering mengutamakan keinginan mereka, malah lebih bersifat romantik dan pandai memanjakan pasangan.

PANDAI BUAT LAWAK

Ramai di kalangan lelaki berbadan gempal pandai membuat jenaka dan ini amat menyenangkan si pasangannya.

Apatah lagi aspek ini antara terpenting untuk mewujudkan suasana ceria dan harmoni dalam sesuatu perhubungan.

RASA SELAMAT

Mungkin kerana saiz badannya yang sedikit besar, maka si wanita akan mudah berasa selesa da selamat.

Ada juga beranggapan saiz gempal dapat mengelakkan hubungan mereka diganggu oleh pihak ketiga.

WANITA BERASA LEBIH YAKIN

Sepertimana bentuk tubuh badan si lelaki, jika pasangannya juga seorang yang berbadan gempal, ini akan mewujudkan rasa yakin dalam diri mereka sendiri kerana kurang perhatian diberikan kepada bentuk tubuhnya.

PASANGAN YANG SETIA

Malah ramai yang berpandangan lelaki berbadan gempal mempunyai sikap setia yang tinggi dan amat menghargai pasangannya.

Walau apa pun, tak kiralah sama ada pasangan anda seorang yang sado atau gempal, pastikan si dia seseorang yang mampu menggembirakan anda dan serius dalam perhubungan.

Fizikal seseorang bukan menjadi tahap utama dalam mengukur rasa sayang terhadap anda, bukan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *