MASALAH ketagihan seksual di kalangan kanak-kanak semakin membimbangkan.
Terbaru, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun menjadi mangsa rogol seorang kanak-kanak lelaki yang baru berusia 11 tahun.
Kejadi berlaku di Dehdarun, utara India pada Selasa lalu.
Dilaporkan mangsa ketika itu ditinggalkan di rumah bersama dua lagi adik beradiknya ketika ibu bapa mereka keluar.
Suspek mengajak mangsa ke rumahnya dengan menawarkan gula-gula sebelum kejadian malang itu terjadi.
Mangsa telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan suspek diletak di bawah jagaan pihak berkuasa dan akan diserahkan kepada pusat juvana.