MENGAPA KEMATIAN TERJADI KETIKA SEDANG TIDUR?

Kematian boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira jantina, umur, kesihatan dan sebagainya.

Ada yang sedang sibuk bekerja tiba-tiba sahaja dikhabarkan telah meninggal dunia, begitu juga ketika anda sedang lena tidur.

Di dalam kes kematian ketika tidur, kejadian ini pasti mengejutkan sekiranya ahli keluarga dan sahabat tidak mengetahui penyakit yang dialaminya kerana ia terjadi secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda.

Namun adakalanya gejala penyakit yang menyebabkan kematian ketika tidur ini sudah wujud namun sering dipandang remeh.

Di bawah adalah beberapa penyakit yang sering menjadi punca kepada kematian ketika tidur.

1.Sudden Cardiac Arrest

Dikenali sebagai jantung terhenti, keadaan ini terjadi apabila jantung anda berhenti berfungsi dengan tidak mengepam darah ke seluruh anggota badan.

Keadaan ini biasanya dikaitkan dengan penyakit genetik, diabetes, tekanan darah tinggi dan seseorang yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi.

Sentiasa berwaspada sekiranya anda sering berasa dan jatuh pengsan, dada terasa perit dan mempunyai sejarah keluarga yang ada sakit jantung.

2.Sleep Apnea

Gangguan ketika tidur ini terjadi apabila seseorang itu berhenti bernafas selama beberapa saat. Ia boleh terjadi sehingga lima kali dalam tempoh satu jam.

Kematian akan berlaku sekiranya keadaan ini kerap kali terjadi sehingga badan gagal menarik nafas lagi.

Risiko ini sering terjadi kepada mereka yang mempunyai masalah jantung dan lebihan berat badan.

3.Serangan Jantung

Kaeadaan ini boleh berlaku apabila aliran darah ke otot-otot jantung terhalang sehingga darah tidak mendapat oksigen.

Ada juga kes dimana jantung tetap berdenyut namun mengalami kerosakan akibat kekurangan oksigen.

Hati-hati apabila anda sering berasa perit di bahagian dada, demam, muntah dan degupan jantung yang tidka teratur.

4.Penggumpalan Darah

Ia akan menjadi masalah sekiranya gumpalan darah sudah menjadi terlalu besar dan menghalang aliran darah.

Jika pembuluh darah utama terhalang akibat gumpanan sehingga darah gagal disalurkan kepada otak dan jantung, maka keadaan ini akan menyebabkan kematian.

Penggumpalan darah boleh berlaku akibat darah yang semakin pekat dan trauma pada luka yang serius.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *