Stress selalu dikaitkan dengan situasi atau perasaan tidak bahagia sehingga menjurus kerapa pelbagai masalah hubungan dalam rumah tangga, tempat kerja, hubungan bersama ibu bapa, anak-anak dan banyak lagi.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, stress adalah desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu berikutan peristiwa yang berlaku pada mereka.
Datuk Dr. Prof Muhaya Hj. Mohamad, iaitu seorang Pakar Mata dan juga Pakar Motivasi terkenal, menerusi saluran Telegram rasmi telah berkongsi dua nasihat penting mengapa sering berlakunya stress;
1. Fokus dengan apa yang orang lakukan untuk kita
Individu sering fokus dengan apa yang orang lain buat terhadap diri kita namun tidak mempeduli, tapi fokus apa yang kita buat kat orang sahaja.
“Jika terlalu fokuskan “saya” ianya tidak baik dan harus dikurangkan,” katanya.
Apa yang harus dilakukan adalah selalu cakap, “saya buat silap” “saya tidak bersyukur”
“Jangan sebut dan jangan fikir apa yang kita buat (berikan) kat orang”.
Jelas Prof Muhaya lagi, sentiasa syukur dengan apa yang orang lain sumbangkan dan berikan kepada diri kita.
Ini kerana sifat bersyukur, Allah akan tambahkan lagi nikmat.
Syukur dengan apa yang telah diberikan oleh orang lain dan syukur dengan Allah.
2. Sibuk dengan agenda sendiri sahaja
Jelas Prof Muhaya, ada orang hanya sibuk dengan agenda sendiri sahaja dan tidak memikirkan orang sekeliling yang lain.
“Cuba untuk meletakkan minat terhadap orang lain dan perbaiki diri dengan tidak hanya meletakkan minat sendiri,”
Sebagai contoh, tidak hanya memikirkan perkara yang diri sendiri mahukan namun, harus peka dengan sekeliling dan cuba memahami agenda orang lain.
Akhir kata Prof Muhaya juga berpesan untuk mengamal dua perkara ini dengan suami, kawan di tempat kerja dan anak-anak.
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat dan membantu pembaca untuk rasa lebih bahagia.