
Ramai nak cuba buat kek sendiri, lebih-lebih lagi jika adanya hari yang istimewa seperti hari jadi.
Bermacam dirancang, nak buat kek yang berperisa dan gebu lembut, kemudian dihias dengan dekorasi yang comel.
Namun, ada kalanya langkah pertama untuk membuat kek sudah ‘tewas’. Ada keknya bantat, hangus, ada pula yang tak menjadi.
Alamak! Kenapa jadi begitu?
Jangan risau, BawangPutih kongsikan 10 sebab mengapa kek anda kurang menjadi.

- Tekstur Kek Kasar Dan Berlubang Besar
Keadaan ini terjadi sama ada kerana anda letak terlalu banyak agen penaik, atau menggunakan telur yang bersaiz kecil atau adunan kek tadi tidak dipukul sekata.
- Kek Jadi Leper
Kek seperti ini dipercayai kerana mempunyai banyak kandungan cecair atau adunan mentega dan gula masih berketul dan tidak dipukul dengan secukupnya.

- Kek Mendap Di Tengah
Biasanya terjadi sama da kerana ukuran acuan yang tidak betul, menyukat bahan dengan silap atau membakar kek dalam keadaan ketuhar yang terlalu panas atau terlalu sejuk.
- Kek Jadi Seperti Kuih Bingka
Masalah ini terjadi kerana kekurangan jumlah tepung dan terlebih cecair.
- Kek Keras
Ada beberapa punca menyumbang kepada keadaan ini, sama ada disebabkan oleh terlalu banyak meletak tepung gandum, atau memukul adunan terlalu lama selepas memasukkan tepung, atau penggunaan loyang yang terlalu besar sehingga kek menjadi nipis dan campuran gula dan mentega tidak dipukul sehingga gebu.

- Kek Menjadi Bantat
Besar kemungkinan terjadi kerana telur yang sudah tidak elok, atau tepung gandum itu sendiri telah tamat tempoh,
Malah keadaan ini juga boleh terjadi akibat suhu ketuhar yang terlalu rendah.
Maka, adalah penting untuk anda sentiasa patuh dengan arahan dan panduan penyediaan kek supaya kek anda menjadi dan tidak membazir. Selamat mencuba!