KUATKAN ANTIBODI ANDA DENGAN AVAIL PROPOLIS

Sumber makanan asli yang memberi kebaikan kepada tubuh amatlah digalakkan untuk diamalkan setiap hari terutamanya ketika menghadapi situasi pandemik hari ini.


Pelbagai kajian saintifik menemui hasil memberansangkan bahawa Propolis mempunyai pelbagai khasiat yang dapat menguatkan imunisasi badan dan menjadikan tubuh badan lebih sihat.

Apa Itu Propolis?

Propolis terhasil daripada getah pohon tempat lebah bersarang. Cairannya berwarna coklat kehijauan dan bertekstur melekit. Lebah menggunakan propolis untuk membersihkan dan melapisi sarang mereka.

Secara saintifik, propolis mengandungi polifenol yang disebut flavonoid.

Flavonoid lazimnya ditemui dalam kandungan tumbuhan yang bersifat antioksida dan mempunyai pelbagai khasiat kepada tubuh badan.

Selain flavonoid, propolis juga mengandungi pelbagai jenis asid amino, terpenes, ester dan aldehid dan enzim iaitu bahan aktif baik untuk tubuh manusia.

Pengambilan Propolis secara semulajadi kini boleh diamalkan dengan lebih mudah menerusi pengambilan Avail Propolis keluaran Avail Beauty Sdn Bhd.

Kelebihan Avail Propolis

Avail Propolis telah diuji secara klinikal dapat meningkatkan imuniti badan, bertindak sebagai anti-barah dan mencegah pertumbuhan sel barah, mengurangkan jangkitan saluran pernafasan dan membantu masalah alahan.

Selain itu, ia turut membantu mengawal penyakit kencing manis, keradangan dan sakit kronik.

Pengambilan Avail Propolis dengan berterusan juga bertindak sebagai antioksida kepada tubuh badan dan membantu anda kelihatan awet muda.

Cara pengambilan Avail Propolis sangat mudah, iaitu hanya lima titik dicampurkan ke dalam segelas air atau titikkan terus dalam mulut setiap hari.

Pengambilan secara berterusan dapat meningkatkan kekebalan atau imuniti tubuh untuk melawan virus, bakteria, atau benda asing yang menyebabkan jangkitan atau penyakit.

Dapatkan Avail Propolis dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM78 sahaja.

Untuk pembelian, boleh hubungi Cik Shera di talian +6011-62767227 atau layari www.availbeauty.com atau layari laman Instagram @availbeauty_onlinestore.