Kunyah Gula-Gula Getah Cara Mudah Buang Double Chin

Sesiapa sahaja akan risau apabila berat badan bertambah. Bukan sahaja terpaksa berdepan dengan saiz anggota badan, malah bahagian muka pun akan memberi kesan yang sama.

Nak senyum, muka nampak lebar.

Pakai tudung, ada pula lebihan lemak di bawah dagu.

‘Double chin’ adakalanya merosakkan penampila seseorang, kan?

Kami kongsikan lima cara untuk anda yang sedang mencari cara bagaimana nak hilangkan double chin.

Kunyah Chewing Gum

Mengunyah gula-gula getah berulang kali dapat melatih otot-otot muka dan dagu dalam gerakan berulang sehingga dapat menghilangkan lemak berlebihan.

Bukan itu sahaja ia juga dapat menaikkan dagu serta menguatkan otot rahang! Bagaimanapun, anda masih perlu berhati-hati kerana gula-gula getah biasanya mengandungi pemanis yang tinggi.

Ambil Protein

Kalau nak kurus, cuba elakkan makanan yang tinggi kandungan karbohidratnya.

Protein tanpa lemak adalah sumber makanan yang boleh membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.

Pakai sunscreen

Apa kaitannya sunscreen dengan leher? Ia dapat membantu mencegah kulit di bahagian itu daripada mengendur. Selain itu, ia patut disapu setiap dua jam terutamanya ketika sedang melakukan aktiviti luar.

Senaman Regangan Leher

Dengan melakukan latihan regangan leher, anda dapat memanjangkan otot leher dan melawan postur tubuh agar lebih tegak.

Caranya mudah, duduk tegak pada kerusi dan hembuskan nafas sambil menarik kepala dengan lembut. Tarik kembali kepala dengan gerakan seperti kura-kura.

Turunkan dagu ke dada, regangkan otot di belakang leher. Tarik nafas dan angkat kepala, tarik dagu ke atas untuk meregangkan otot leher depan.

Minum Banyak Air

Kulit yang terhidrasi dengan baik cenderung untuk tidak kendur. Mulakan dengan minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari atau lebih sekiranya anda aktif bersukan.

Minum banyak air juga membantu mengawal nafsu makan yang akhirnya turut membantu menurunkan berat badan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *