LAKUKAN UJIAN PAP SMEAR 3 TAHUN SEKALI

Semestinya tidak menyelesakan apabila terpaksa menunjukkan alat sulit kepada doktor. 

Namun, prosedurnya tidaklah mengerikan seperti apa yang digambarkan dalam fikiran!

Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks. 

Jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada kanser serviks.

Majoriti kanser serviks (90%) disebabkan oleh virus HPV (human papilloma virus) iaitu HPV ini disebarkan terutamanya melalui hubungan intim. 

Malahan virus ini boleh disebarkan berulang kali antara suami isteri.

Kanser serviks adalah keadaan apabila sel di serviks bertindak secara tidak normal dan berkembang menjadi kanser dan merupakan jenis Kanser yang direkodkan tertinggi di Malaysia.

Ujian Pap Smear dapat mengesan peringkat awal sebelum kanser itu terjadi.

Pengesanan dan rawatan awal dapat menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya.

Semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks dan berumur antara 20 ke atas perlu menjalani ujian Pap Smear.

BACA: PARA WANITA, JANGAN ‘SKIP’ BUAT UJIAN PAP SMEAR

Ujian ini boleh dilakukan pada bila-bila masa, kecuali pada masa haid dan nifas. 

Namun dinasihatkan sehari sebelum melakukan ujian Pap Smear, anda tidak melakukan hubungan seks dan menggunakan sebarang ubat di dalam faraj.

Bagaimana lakukan ujian Pap Smear dilakukan? Ia dilakukan dengan menggunakan spekulum atau berus serviks yang akan dimasukkan ke dalam faraj. 

Sel permukaan serviks akan diambil menggunakan spatula atau berus serviks dan kemudian dihantar ke makmal untuk diperiksa.

Proses melakukan pap smear adalah tidak menyakitkan kerana sampel yang diambil adalah dari permukaan serviks sahaja dan hanya mengambil masa dalam 5 minit sahaja. 

Sesetengah pesakit mungkin berasa tidak selesa apabila alatan yang digunakan iaitu speculum (sejenis alatan berbentuk muncung itik) dimasukkan ke dalam faraj untuk melihat serviks.

Keputusan akan diperolehi selepas beberapa minggu melakukan ujian kerana pihak makmal harus memeriksa dengan teliti. Keputusan akan dimaklumkan secepat mungkin.

Antara simptom-simptom yang menunjukkan anda mengalami masalah serviks adalah;

  1. Pendarahan selepas putus haid (post-menopause)
  2. Discaj dari faraj
  3. Discaj yang berbau

Keputusan yang mungkin dimaklumkan adalah normal atau tidak normal. 

Jika tidak normal, anda akan dirujuk untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.