
Sejak kebelakangan ini, ada sahaja laporan berita yang mengaitkan masalah cemburu dalam kalangan pasangan yang sudah berkahwin.
Lebih menyedihkan, pertengkaran akibat perasaan cemburu itu menyebabkan nyawa orang yang disayangi itu diragut, meninggalkan anak-anak kecil yang masih tidak tahu apa-apa yang terjadi.
Tahukah anda, apabila anda hidup dengan pasangan yang mudah berasa cemburu, maka kehidupan anda boleh bertukar menjadi penuh mencabar.

Anda perlu menjaga hati pasangan setiap masa malah perlu mengendalikan rasa cemburu yang boeh timbul tanpa mengira masa.
Pastinya masalah ini memberi tekanan dan meletihkan dari segi mental.
Anda sering berdepan dengan rasa cemburu dari pasangan? Kami kongsikan tiga tip berguna untuk anda lakukan.
- Tetapkan batasan dan fikir tentang diri anda
Hanya diri anda sendiri yang tahu sama ada anda bersalah atau tidak.
Adakah perbuatan anda melampaui batas dan sering mewujudkan rasa cemburu pasangan? Atau adakah tindakan yang anda lakukan mengakibatkan rasa kurang percaya dan memberi kesan kepada rumah tanggan anda?
Ingat, ini bukan soal siapa yang patut mengaku salah.

Sebaliknya ini supaya anda boleh melihat sama ada perbuatan anda telah menyumbang kepada ketegangan dan masalah dalam rumah tangga anda.
Adakah anda suka melayan rakan secara berlebihan? Mungkin pada anda ia sesuatu yang biasa, namun tidak bagi pasangan.
Maka, anda sendiri perlu menilai perbuatan anda dan cuba lihat dari sudut pasangan anda sekiranya perbuatan itu boleh menyebabkan rasa cemburu.
- Hadkan batasan kerana perasaan sayang dan cipta positif
Janganlah pula marah berlebihan jika pasangan anda menyemak telefon bimbit anda, walaupun anda merasakan ia telah melanggar hak privasi anda.

Namun jangan lupa bahawa anda mungkin menyumbang kepada rasa tidak percaya ini.
Jika situasi ini terjadi, anda dan pasangan perlu bertenang dan cuba berbincang.
Anda boleh ciba menetapkan batasan yang munasabah dengan positif dan kasih sayang.
Bincangkan dengan baik dan cuba lihat dari perspektif anda dan pasangan.
- Ketahui bahawa anda tidak boleh ‘mengubah’ perangai pasangan anda
Anda perlu ingat bahawa perasaan cemburu bukan boleh dibetulkan atau diselesaikan dalam sekelip mata!
Jika anda dituduh tanpa sebab, anda perlu jujur kepada pasangan anda apakah perasaan anda, mengadakan perbincangan dan cari jalan untuk mengatasinya mungkin dengan beberapa syarat tertentu.
Ingat, pasangan tidak boleh menyalahkan anda seorang dan anda juga tidak boleh menyalahkan pasangan seorang!
Beritahu pasangan bahawa anda sedang memulihkan keadaan dan minta dia juga bekerjasama untuk membuat perkara yang sama.