Bagi mencapai matlamat kewangan pada masa hadapan, menambahkan pendapatan dan mengatasi masalah inflasi jika mengalami masalah kewangan adalah faktor penting mengapa anda perlu buat pelaburan terutamanya Ketika usia muda.
Konsep pelaburan adalah mudah, pelaburan adalah komitmen wang atau modal untuk membeli instrument kewangan atau asset lain untuk mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan, atau penambahan nilai intrumen.
TAPI NAK MELABUR DI MANA?
Terdapat pelbagai jenis pelaburan yang boleh anda pilih antaranya;
1. Pelaburan Tunai dan Faedah Tetap
Ia menyediakan kemudahan apabila anda memerlukan wang dan anda tidak mungkin kehilangan modal kerana ianya terjamin. Contohnya pelaburan melalui simpanan tetap di bank.
2. Hartanah
Pelaburan hartanah menawarkan nilai kepada pelabur dalam dua acara: –
• Peningkatan dalam nilai modal memandangkan harga rumah akan meningkat dalam sesuatu jangka masa yang lama.
• Daripada pembelian rumah tersebut, anda boleh memperoleh pendapatan daripada sewaan rumah namun ianya tertakluk lokasi dan kawasan sekitar.
3. Saham
Saham (juga dikenali sebagai akuiti atau syer) mewakili pemilikan dalam sesebuah syarikat. Apabila anda membeli saham, anda menjadi sebahagian daripada pemilik syarikat dan berhak atas nilai masa depan sahamnya dan keuntungannya. Kini terdapat juga Saham atas talian dan hanya menggunakan aplikasi sahaja. Ya memang mudah tapi hati-hati ya!
4. Bon
Apabila anda membeli bon kerajaan atau bon syarikat, anda meminjamkan wang anda bagi jangka masa tertentu pada jangka masa tertentu pada kadar faedah yang telah ditentukan. Hasilnya, anda menerima pulangan pendapatan yang tetap melalui pembayaran faedah yang juga tetap.
5. Dana Unit Amanah
Dalam unit amanah, wang daripada ramai pelabur individu akan dikumpulkan untuk membeli beberapa kelas asset yang berlainan dalam kuantiti yang besar. Pengurus dana professional akan menentukan peratusan daripada dana yang dilaburkan dalam setiap kelas asset, dan mengenal pastinegara, industry dan syrikat yang mempunyai prospek dan pulangan terbaik. Setiap pelabur akan menerima unit dalam dana ini, setiap unit mewakili campuran pelbagai kelas asset seperti saham, bon dan simpanan tetap.
6. Pelaburan Emas
Pelaburan emas lazimnya berbentuk fizikal. Kini ada juga bank-bank yang menawarkan pelaburan emas dalam bentuk maya. Pelaburan emas adalah terjamin kerana harga emas yang akan meningkat jika disimpan dengan lebih lama.
PELABURAN BERISIKO? BAGAIMANA KURANGKAN RISIKO PELABURAN ANDA?
Diversify
Pelbagaikan pelaburan anda. Jangan hanya fokus kepada satu tempat pelaburan sahaja. Anda harus pelbagaikan tempat pelaburan anda.
Jangka masa pelaburan
Lagi lama anda melabur, semakin selamat dan semakin untung pelaburan anda.
Compounding effect
Compouding effect ni sangat berkait rapat dengan jangka masa pelaburan. Semakin lama anda menyimpan, semakin banyak duit anda dilipatgandakan.
Asset Allocation
Apakah portfolio anda? Adkah anda jenis risk taker? Atau anda jenih tidak boleh terima kerugian? Kategori konservatif atau ragu2 dengan pelaburan atau anda aggressive? Berapakah umur anda sekarang? Semua ini memainkan faktor yang penting dalam menentukan asset allocation.
Pilih fund yang untung
Anda perlu lihat dan kaji rekod prestasi pada tahun2 sebelum sebelum membuat pelaburan.
Dollar cost averaging (DCA)
Simpan secara tiap2 bulan secara konsisten adalah lebih untung berbanding sekali gus.
Fahamkan dan ambil tahu pelaburan anda
Anda tak sayang ke duit anda? Kalau anda sayang kan duit anda, anda perlu ambil tahu akan setiap tempat yang anda letakkan duit anda. Di dalam hal ini, jika anda melabur di dalam unit trust anda harus tahu apa prestasi dana-dana yang anda inv
Tetapkan objektif pelaburan anda
Jika anda menarik diri terlalu awal, pelaburan anda mungkin belum ada nampak keuntungannya. Fahami apa tujuan kita membuat pelaburan. Tak kira apa jenis pelaburan pun, kita harus tahu apa tujuan atau objektifnya. Bila kita tahu objektif kita, maka kita akan tekad hendak membuat pelaburan dengan lebih lama tanpa mengganggu nya. Contoh objektif yang selalu dipraktikkan adalah seperti persaraan, debt planning, child education planning, pelan mengerjakan haji dan lain-lain lagi. Yang penting anda tahu tujuan sebenar dan objektif dalam pelaburan yang anda buat.
Bermula awal, diusia muda
Jangan jadi pemerhati, bertindak awal! Simpan dan laburkan duit anda di tempat yang betul sekarang. Mulakan membuat pelaburan lebih awal terutama kepada mereka yang masih muda. Jangan terpedaya dengan skim cepat kaya atau scam.
Rujukan: malaysia.gov.my