Hari ini, adalah hari pertama bagi sesi persekolahan bagi tahun 2021.
Namun oleh kerana peningkatan kes Covid-19 yang semakin tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil keputusan sekolah dibuka hanya hanya bagi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggil Persekolah Malaysia (STPM) untuk hadir ke sekolah.
Walau bagaimanapun, berita baru-baru ini mengenai 18 pelajar yang diuji positif untuk Covid-19 di Sabah seterusnya mencetuskan kebimbangan besar di kalangan pelajar.
Ini mendorong mantan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq untuk memberikan tautan padanya agar mereka dapat menyampaikan pendapat mereka mengenai keputusan pemerintah di Twitternya.
Dia juga menyertakan tweetnya dengan hashtag “#SuaraPelajar” (suara pelajar).
#SuaraPelajar menjadi trending nombor 1 di Twitter dengan luahan pelajar SPM dan STPM untuk kembali ke sekolah dan melakukan pembelajaran secara bersemuka seperti biasa.
Rata-rata menzahirkan rasa kebimbangan dijangkiti virus Covid-19 memandangkan jumlah kes harian jangkitan harian mencecah 3000 kes.

Pelajar sebilangan besar memperjuangkan suara mereka untuk didengari kerana mereka bimbang dan takut dijangkiti di sekolah dan ketika menduduki peperiksaan SPM atau STPM.
Ada juga pelajar yang sangat tertekan dan membuat keputusan untuk tidak hadir ke sekolah.



Terdapat juga cadangan ibubapa supaya pihak kerajaan dapat mewajibkan saringan ujian Covid-19 kepada pelajar-pelajar sebelum ke sekolah atau sebelum mengambil peperiksaan nanti.
Mengikut jadual KPM, peperiksaan yang telah ditangguhkan tahun lalu akan berlangsung pada tarikh berikut;
- SPM: 22 Februari 2021 – 25 Mac 2021
- SVM: 22 Februari 2021 – 6 Mac 2021
- STAM: 29 Mac – 7 April 2021
- STPM 2020 (Sem 1) : 16 – 22 Mac 2021
- STPM 2020 (Sem 3) : 5 – 12 April 2021