Tompok putih yang lazimnya berada di wajah dan tubuh badan merupakan sesuatu yang tidak menyenangkan.
Tompok putih iaitu panau atau nama saintifiknya Tinea Versicolour, merupakan jangkitan di luar lapisan kulit yang disebabkan oleh jangkitan kulat Malassezia.
Apa yang menyebabkan jangkitan ini berlaku dan merebak banyak di permukaan kulit? Ianya adalah disebabkan oleh kulit yang terlalu berminyak, cuaca panas dan lembab, antibodi yang tidak kuat, banyak peluh, perubahan hormone, pengambilan ubat ubatan yang kerap seperti steroid dan kekurangan zat makanan.
Berikut adalah petua menghilangkan panau. Bahan-bahan ini boleh didapati dengan mudah di dapur anda!
- Bawang putih

Bawang putih merupakan bahan anti kulat. Caranya, kupas dan letakkan bawang putih di bahagian ada panau.
2. Lengkuas
Potong lengkuas dan buang kulitnya. Tekap lengkuas pada bahagian panau. Lakukan 1 hingga 2 minggu untuk lihat kesannya.
3. Cuka Epal
Amalkan petua ini setiap malam dengan sapukan cuka epal pada bahagian yang ada panau. Biarkan selama 30 minit dan bilas.
4. Halia
Tumbuk halia sebesar ibu jari kemudian tempelkan pada bahagian yang hendak dirawat.
5. Limau dan Kapur

Kombinasi limau dan kapur amat baik mengneautral kan PH kulit berpanau. Perah limau ke dalam kapur, sebatikan dan sapu pada bahagian terkena panau itu.
6. Yogurt
Yogurt agen yang amat bagus untuk mematikan kulat, jadi ambil yogurt dan sapukan ke wajah atau bahagian ada panau. Boleh juga dijadikan masker.
Semoga petua ini membantu anda mencari salusi bagi menghilangkan panau. Selamat mencuba!