SIHAT, menurut definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bukan sekadar bebas dari penyakit, sebaliknya adalah suatu keadaan tubuh badan yang sempurna mental dan fizikal serta sosial. Ia bersifat menyeluruh bagi menjadikan perjalanan seharian setiap individu itu berkualiti.

Bercakap tentang bawang putih, ia sering digunakan sebagai perencah dalam masakan. Namun ada juga di kalangan kita tidak menggemari bawang putih kerana ia antara penyebab mulut dan nafas berbau.
Bawang putih dipercayai wujud sejak 5,000 tahun dahulu dan berasal dari Asia Tengah yang kemudiannya di bawa ke seluruh pelusuk dunia. Masyarakat Mesir kuno suatu masa dahulu percaya bawang putih adalah suci kerana kebolehannya meningkatkan imunisasi badan dan kekuatan. Kepercayaan yang sama juga dipegang masyarakat Yunani kuno dan Rom.
Jangan tak tahu, bawang putih bukan sahaja pelengkap masakan, sebaliknya ia mempunyai khasiat dan manfaat yang jauh lebih besar daripada itu.

1.Antivirus dan Aktibakteria
Allicin, sejenis bahan yang terkandung pada bawang putih mampu memusnahkan mikrob, sekaligus membantu menyembuhkan jangkitan influenza, perut dan sebagainya.
2 .Melancarkan Sistem Penghadaman
Sering cirit-birit? Ia terjadi akibat gangguan pada sistem penghadaman. Bawang putih membantu merembeskan asid gastrik pada lapisan perut untuk melancarkan sistem penghadaman

2. Mengelakkan Risiko Kanser
Selenium, salah satu bahan antioksidan di dalam bawang putih berperanan mengurangkan free radical di dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang memperolehi kanser.
3. Mengelakkan Risiko Strok
Nitric oxide yang diransang daripada tumbuhan ini membantu mengembangkan dinding salur darah dan mengawal tekanan darah untuk mengurangkan risiko strok dan darah tinggi.
4. Mengurangkan Kolestrol dalam Badan
Anda berbadan besar dan gemar makan makanan berlemak dan bergoreng? Amalkan pengambilan bawang putih dalam pemakanan seharian kerana ia bertindak menurunkan kadar kolestrol di dalam saluran darah seterusnya mengelakkan risiko penyakit berkaitan jantung.
5. Meningkatkan Sistem Pertahanan Badan
Anda sering demam atau berasa tidak sihat? Cuba amalkan pemakanan berasaskan bawang putih. Berdasarkan satu kajian, mengambil 2 hingga 3 biji bawang putih dalam tempoh tiga minggu akan menggalakkan aktiviti sel darah putih yang berfungsi melawan jangkitan.

6. Menghindari Alzheimer

Atau lebih dikenali sebagai nyanyuk dan sering dialami oleh mereka yang berusia. Pakar perubatan percaya Alzheimer bukan sebahagian proses normal penuaan, sebaliknya suatu penyakit berkaitan sel saraf otak. Kesan penyakit ini menyebabkan seseorang lupa tentang dirinya sendiri, apatah lagi orang sekeliling. Amalkan pemakanan bawang putih dari sekarang kerana ekstraknya mampu membaiki sel-sel rosak.

Apa-apa pun, pastikan pengambilannya pada kadar yang betul dan tidak berlebihan kerana dikhuatiri akan mendatangkan mudarat kepada tubuh badan. Yang paling penting, penjagaan kesihatan amat perlu dititikberatkan oleh setiap individu!