SUKA CABUT BULU HIDUNG? ANDA MUNGKIN TERDEDAH KEPADA JANGKITAN OTAK

Ada orang gemar mencabut bulu hidung kononnya tidak mahu ada bulu-bulu hidung yang terkeluar sekaligus menjejaskan penampilan.

Sebenarnya, bulu hidung berfungsi untuk menyaring udara yang masuk dan menjaga kelembapan di dalam rongga hidung.

Bulu-bulu hidung bertindak menapis partikel debu dan kuman yang berada di udara dan yang anda sedut sebelum masuk ke dalam hidung, sekaligus melindungi diri anda daripada menyedut kuman yang berbahaya.

Tabiat mencabut bulu hidung bukan sahaja melemahkan sistem saringa udara di dalam hidung, bahkan anda juga terdedah kepada tiga keadaan ini.

Jangkitan hidung

Kuman akan mudah masuk ke dalam hidung dan badan anda. Jika bulu hidung semakin berkurangan, maka ia akan menyebabkan jangkitan kepada hidung.

Jangkitan otak

Jangkitan di hidung jika dibiarkan akan membawa kepada keadaan jangkitan otak.

Pakar Otolaryngologis, Dr. Erich Voight berkata, ia turut boleh menyebabkan masalah meningitis.

Keadaan berlaku apabila kuman melalui vena (salur darah) yang mengalirkan darah dari hidung ke bahagian otak ia boleh menyebabkan radang otak.

Meskipun jarang berlaku, namun jangkitan ini boleh berlaku terutamanya kepada individu yang mempunyai sistem imunisasi badan yang lemah.

Bulu tumbuh ke dalam
Ini akan menyebabkan radang, rasa sakit dan benjolan kecil di dalam hidung.

Jadi, hentikan amalan suka mencabut bulu hidung. Cukuplah sekadar trim sahaja supaya tiada helaian bulu yang keluar.