SUSU KAMBING ATAU LEMBU, MANA LEBIH BAIK UNTUK BAYI?

Terdapat pelbagai jenis pilihan susu formula mahupun susu segar berasaskan susu lembu di pasaraya sejak dahulu lagi.

Namun kini, susu kambing kini dilihat makin bertambah pilihan dan dijual dipasaran dan membuatkan ramai tertanya, manakah yang lebih baik? susu lembu atau susu kambing?

Gambar Hiasan

Tidak asing lagi, semua tahu khasiat susu formula lembu yang diperkaya zat besi sebagai susu gantian bagi bayi baru lahir hingga berusia 12 bulan. 

Susu yang kaya zat besi ini boleh mengelakkan masalah kekurangan zat besi (iron deficiency) penyebab masalah kekurangan darah (anemia), masalah kognitif dan perkembangan bayi.

Khasiat Susu Kambing

Sebagaimana kebaikan susu lembu, susu kambing yang tergolong dalam susu yang paling kental dan lembap serta mempunyai kelebihannya tersendiri antaranya kaya dengan protein, enzim, anti-penuaan, anti-artritis, anti-barah dan banyak lagi.

Bagi penggunaan, susu kambing lebih elok diambil anak berumur 1 tahun ke atas. 

Bayi yang minum susu kambing juga didapati lebih sukar mendapat alahan berbanding dengan susu lembu.

Nutrisi darinya kekurangan zat besi, folate, vitamin C/D/B, thiamin, niacin dan pelbagai zat nutrisi lain dan dikhuatiri kandungan nutrisi tertentu yang tidak sesuai dan dan lebih berasid. 

Susu kambing memiliki 35% asid lemak jika dibandingkan dengan 17% dalam susu lembu.

Khasiat dalam susu kambing lebih sihat dan lebih baik diminum segar.

Bukan itu saja, ia juga sesuai bagi seseorang yang tidak toleran dengan laktosa.

Yang menarik lagi, zarah lemaknya lebih kecil menjadikannya mudah dihadamkan dalam perut.

20 minit sahaja diperlukan untuk hadam berbanding susu lembu yang mengambil masa selama dua jam.

Pilihan mengikut kesusuaian bayi

Susu lembu atau susu kambing kepada bayi, juga bergantung kepada penerimaan bayi tersebut.

Bayi mungkin akan mengalami ketidakselesaan perut alahan di kulit jika susu tidak sesuai

Juga minta nasihat doktor jika bayi anda mempunyi sebarang alahan, pihak doktor pasti akan mencadangkan susu yang terbaik dan sesuai dengan bayi anda.

Jika anda memilih untuk memilih susu kambing yang segar, pastikan ianya telah melalui prosedur keselamatan dan kebersihan yang teliti bagi mengelakkan alahan atau masalah kepada bayi anda.