Tak Rugi Pun Kalau Anda Mula Melabur Di Usia Muda

Untuk menjamin kestabilan kewangan peribadi, ramai bersetuju bahawa pelaburan adalah kaedah yang terbaik dan memberi keuntungan yang lumayan.

Tetapi, tak ramai yang sedar bahawa pelaburan harus dimulakan awal, terutama ketika masih di usia muda.

Mereka yang melabur pada usia muda, rata-rata, cenderung untuk mengembangkan kekayaan mereka, menjadi bebas dari segi kewangan dan akan segera bersara.

Kami kongsikan empat sebab mengapa anak muda perlu melabur sekarang.

Kadar Pulangan Yang Lebih Baik

Potensi untuk anda menggandakan wang adalah rendah jika anda simpan di akaun bank biasa. Begitu juga apabila anda simpan menerusi kaedah Simpanan Tetap atau Foxed Deposit, anda hanya boleh menggandakan wang pada kadar tiga ke empat peratus setahun.

Melalui pelaburan, walaupun ia mempunyai risiko tersendiri dan tidak menjamin pulangan yang tetap ia dapat memberikan kadar pulangan yang lebih baik.

Jangan jadikan risiko sebagai penghalang untuk anda mula melabur.

Jadi untuk mengurangkan risiko dari rugi dalam pelaburan, tuntutlah ilmu terlebih dahulu. Bila dah ada simpanan dan ilmu yang cukup, barulah mula melabur supaya wang anda tak melebur.

Menangani Masalah Inflasi

Inflasi bermaksud nilai wang yang semakin berkurang pada tahun demi tahun.

Contoh termudah, harga sesuatu barangan tidak akan sama jika hendka dibandingkan pada lima atau sepuluh tahun yang lalu meskipun ia adalah barang yang sama.

Inflasi akan menyebabkan nilai wang kita semakin mengecil.

Jika anda menyimpan RM10,000 di dalam tabung di rumah, nilainya tidak akan berganda pada tempoh 10 tahun akan datang.

Tetapi jika anda menyimpan nilai wang yang sama di dalam kaedah pelaburan, nilai wang anda akan berganda dan memberikan anda pulangan tahunan sehingga 10%.

Mengawal Perbelanjaan Harian

Tabiat perbelanjaan anda akan bertambah baik jika anda mula melabur pada usia muda, sekaligus memupuk tabiat perbelanjaan yang berdisiplin dengan menumpukan pada anggaran dan mengurangkan perbelanjaan apabila diperlukan. Tujuannya di sini adalah untuk menjana wang menerusi pelaburan.

Ini mustahil dilakukan dengan tabiat perbelanjaan yang tidak terkawal dan kehidupan yang penuh dengan nafsu membeli. Kalau kita mula melabur dari usia yang awal, kita dapat belajar kesalahan kita pada peringkat awal, terutamanya apabila anda mempunyai lebih banyak modal menerusi pekerjaan anda.

Sumber Pendapatan

Dengan adanya pelaburan, anda dapat tambahkan side-income anda melalui pendapatan pasif. Sebagai contoh, kalau anda ada RM50,000 dan laburkan duit itu dalam instrumen pelaburan yang dapat memberikan pulangan 10% setahun, anda dengan mudah dapat RM5,000 setahun tanpa perlu melakukan sebarang kerja. Simpan dan lupa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *